Wednesday, September 30, 2009

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan lawan BN di DUN Bagan Pinang



PORT DICKSON, 29 Sept - Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 42, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang di markas DAP di Port Dickson sebentar tadi.


Keputusan PR (2004-2008)

NEGERI SEMBILAN 2008
Maklumat Kawasan
Parlimen P132
DUN N031
Kawasan Bagan Pinang

Tarikh PR 21/3/2008

Statistik Bilangan %
Pemilih Berdaftar 14,192
Pengundi 11,579 81.59
Undi Rosak 384 3.32
Majoriti Kemenangan 2,333 20.84

Nama Calon Parti Undi % Keputusan
AZMAN MOHAMMAD NOOR BN 6,430 57.44 MENANG
RAMLI BIN ISMAIL PAS 4,097 36.60

Monday, September 28, 2009

ADUN DAP Bersama Berbuka Puasa di Masjid Al-Hidayah, P. Jaya


17 Sep 2009 (Khamis), Taman Universiti - Pada tahun ini, wakil rakyat DUN Kg Tunku, YB Lau Weng San telah bersama-sama untuk berbuka puasa di Masjid Al-Hidayah, SS3, Taman Universiti, di sini. Beliau di temani oleh YB Tony Pua MP Petaling Jaya Utara dan seorang pembantunya.

Dalam masjlis ringkas iaitu beliau telah menyerahkan 5 bungkus besar buah kurma untuk juadah berbuka puasa serta untuk orang miskin. Pihak PAS Kawasan PJU yang di wakili oleh Tuan Hj Kamarudin Suhaimi, TYDP PAS Kawasan Petaling Jaya Utara juga telah menghadiahkan senaskah terjemahan Al-Quran berbahasa Inggeris kepada YB Lau Weng San.


Thursday, September 17, 2009

Jejak Fuqara' Ala Umar Khattab (JFUK) Petaling Jaya Utara


16 Sep 2009, Petaling Jaya (DPPPJU) - Malam tadi berakhir siri Jejak Fuqara' ala Umar Khattab(JFUK) di Flat Seri Aman. Program anjuran DPPPJU hasil iktibar sirah Umar Khattab selaku Amirul Mukminin berinteraksi dengan masyarakat semasa pemerintahannya. DPPPJU merasakan adalah penting bagi PAS turun merasai dan menyelami kesulitan rakyat di negeri Selangor, sungguhpun PAS turut bersama dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini. Pengarah program Che Ku Abu Bakr Che Ku Mahmod, Ketua Penerangan PAS kawasan telah mengetuai konvoi. Turut hadir NYDP PAS kawasan, Abdul Rahman Sadikin, Ketua Dewan Pemuda Kawasan, Sdr Azri Mohamad Arish, Setiausaha Dewan Pemuda Kawasan, Sdr. Ariff 'Ateed Hasan, Pen. Setiausaha Dewan Pemuda Kawasan, Sdr. Muhammad Lutfi dan AJK Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya Utara, Sdr. Wan Roslan Wan Abu Bakar. Seramai 6 buah rumah sempat diziarahi. Sumbangan adalah berupa beras, gula dan wang.

Program Sumbangan Ramadhan 2009 di Lembah Subang



15 September 2009, Lembah Subang (DPPPJU) -Program Sumbangan Ramadhan yang terakhir bagi Ramadhan kali ini anjuran Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara(DPPPJU) telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Flat Lembah Subang. Seramai 30 penerima yag telah menerima sumbangan, dan mereka adalah dari kalangan ibu tunggal, OKU dan fakir-miskin. Abdul Rahman Sadikin selaku NYDP PAS kawasan telah memberi ucapan aluan dan tazkirah/peringatan kepada mereka yang hadir. Beliau turut menyerahkan sumbangan kepada penerima. Selain itu, Azri Mohd Arish, KP PAS kawasan dan Ridzuan Din, Ketua Blok Flat Lembah Subang turut menyampaikan sumbangan kepada penerima. Majlis berakhir dengan ifthor di surau Lembah Subang.

Wednesday, September 16, 2009

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1430H

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya Utara (DPPPJU), saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa selama sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan Allah Taala melakukan nuzul al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah dan percaya kepada janji Allah, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah Taala memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.

Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah Taala.

Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)
Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

AZRI MOHD ARISH
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PETALING JAYA UTARA