Sunday, November 22, 2009

DPPJU Tempat ke-4, Jejak Amal Race Negeri Selangor

21 November 2009, Shah Alam - Alhamdulillah semalam terlibat dengan program Jejak Amal anjuran PEKAWANIS dan Kerajaan Negeri Selangor. Wakil DPPPJU terlibat, Azri, Arif 'Ateed, Nor Md Ramdhan dan Zaid (anak Ramdhan). Kami mewakili kumpulan No.5 dari Dun Gombak Setia. Boleh tahan hebatnya. Kami menduduki tempat ke-4 dari lebih 30 kumpulan seluruh Selangor (setiap kump. 4 peserta). Merasalah juga wang tunai RM800, Voucher Percutian 3H2M ke Cherating dan Hamper.

Kelihatan Sdr Ariff 'Ateed dan Sdr Nor Md Ramadhan sedang mengayakan senamrobik sebelum mula kembara amal di dataran SUK.

Peserta dari DPP Kapar (baju kuning) pun turut serta


Lokasi ke-2 di Rumah Kebajikan PERKID, Dusun Tua, Hulu Langat.

Menyumbang barangan dapur kepada seorang ibu tunggal di Taman Mawar, Cheras. Lokasi dan tugasan ke-3 dalam Kembara Amal.

Kami ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua di Pulau Meranti, Puchong dalam lokasi dan tugasan ke-4. Di sini kami membantu mengecat pagar kawasan rumah tersebut.




Membantu menanam pokok serai di halaman rumah seorang ibu tunggal di Kg. Harmoni, Ijok, Kuala Selangor. Inilah lokasi dan tugasan ke-6 iaitu yang terakhir sebelum kami bergegas melapor diri di SUK, Shah Alam.