Thursday, March 25, 2010

Hulu Selangor MP Died Due To Brain Cancer


Kami Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara (DPPPJU) ingin merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang telah kembali ke ramahtullah sebentar tadi.

Al-Fatihah...

2010/3/25

25/3 Hulu Selangor MP Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR), 71, died at 9.27pm at his home in Kajang due to brain cancer, by-election expected/STAR

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 24, 2010

Skuad Merakyat Ekonomi Selangor (MES) DPPNS telah di lancarkan oleh YB Dato Pesuruhjaya PAS Selangor

YB Dato Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ketua Dewan Pemuda PAS
Selangor bersama-sama pimpinan DPPNS di pelancaran
Skuad MES DPPNS

YB Dato Pesuruhjaya PAS Selangor sedang berucap
di hadapan petugas-petugas Skuad MES DPPNS


21 Mac 2010, Ahad (Gombak) - Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah melancarkan satu lagi gerak kerja yang agak penting iaitu "Skuad MES". Program ini telah di lancarkan oleh YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga ADUN Gombak Setia di Taman Desa Minang, Gombak di sini.


Sebahagian dari petugas-petugas Skuad MES DPPNS,
bersedia menerima arahan lanjut

Dalam ucapan pelancarannya, beliau berasa bangga kerana usaha yang di pamerkan oleh DPPNS melalui Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS telah mengadakan program yang berbentuk mendekati pengundi-pengundi dan bakal pengundi. Aktiviti seperti mendapatkan maklum balas di atas agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor itu sangat terpuji.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara melalui Sdr Azri (Ketua Pemuda), Sdr. Arif 'Ateed (Setiausaha Pemuda), Sdr Azman (Exco DPPJU) dan Sdr Mat Akhir dari Cawangan Damansara Bestari tidak melepaskan peluang untuk bersama menggali pengalaman tersebut untuk turun di DUN Gombak Setia. Antara pengalaman kami, kami mendapati ramai di kalangan penduduk khususnya di Taman Berjaya, mereka tidak tahu apakah program-program Kerajaan Negeri Selangor yang telah di laksana seperti TAWAS, SMUE, Tuisyen Rakyat dan lain-lain lagi.

Perkara ini kami dapati ia sangat penting dan meminta pihak berkenaan termasuk pimpinan di peringkat negeri untuk menilai dan melihat semula sejauh mana publisiti mengenai program-program MES yang telah di laksanakan selama ini.

Hasrat, YAB Dato Menteri Besar Selangor untuk merancakkan lagi program MES perlu di sambut dan di sokong termasuklah mempromosikannya di kalangan rakyat di Selangor khususnya.


Sdr Mat Akhir dan Sdr Azman antara wakil PJU di kalangan
petugas-petugas Skuad MES DPPNS yang pertama

Sekian....AMA.

Monday, March 1, 2010

Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Adun Kg Tunku Meriah

  

28 Feb 2010, Petaling Jaya - Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara telah menghadiri majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina yang di anjurkan oleh Pejabat ADUN Kg. Tunku. Antara Exco DPPPJU yang hadir adalah Sdr Azri Mohamad Arish (Ketua Pemuda), Sdr Zawawi Mamat (Ketua Penerangan Pemuda), Sdr Wan Roslan, Sdr Ridzuan Din dan Sdr Yusof Lateh. Turut sama adalah Sdr Mohd Arizan Hassan, AJK PAS Kawasan PJU merangkap Ketua Lajnah Perpaduan Nasional.

Majlis tersebut di hadiri oleh YB Tuan Lau Weng San (Adun Kg Tunku) dan YB Tuan Tony Pua (Ahli Parlimen PJU). Masyarakat sekitar DUN Kg Tunku dan Petaling Jaya yang hadir, telah di sajikan dengan beberapa persembahan seperti Tarian Singa, Tarian Naga, Persembahan Paluan Gendang, Nyanyian koir Komuniti Kg Baru Sg Way dan persembahan pelbagai tarian dari beberapa komuniti di kawasan PJU.

Masyarakat serta rakyat di situ sangat berpuas hati dengan sambutan meriah yang di sediakan oleh pihak ADUN Kg Tunku dengan kerjasama JKKK Kg Baru Sg Way.