Thursday, May 27, 2010

KENYATAAN MEDIA:ISU LESEN JUDI BOLA

KENYATAAN MEDIA
21 Mei 2010 (JUMAAT)

ISU LESEN JUDI BOLA



Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Selangor menjadikan Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan, antara teras utama ialah memacu pembangunan modal insan. Pelbagai program telah dirancang untuk melahirkan satu masyarakat cemerlang yang mampu mendokong aspirasi semua mencapai kemuncak kejayaan berada di dalam sebuah negeri ‘baldatun tayyibatun wa robbun ghafur’ yang bermaksud negeri yang baik, maju, selamat, sejahtera dan diampun dan dirahmati oleh Allah SWT.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sentiasa berusaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai penjana pembangunan lestari dan rabbani. Dalam masa yang sama, pelbagai program mitigasi ‘insan liabiliti’ yakni kategori insan yang terjebak dalam aktiviti penagihan dadah, mencuri, merompak, menyamun, merasuah, merogol, merosak harta benda, gian arak dan lain-lain, termasuk judi, disusun untuk meminimakan kerugian kepada masyarakat.


Segala perancangan yang baik, segala pelaburan wang ringgit, masa, tenaga manusia, aset dan sumber lain tidak akan memberi kesan positif yang diharapkan sekiranya kegiatan negatif yang menghancurkan kelompok manusia yang menduduki negeri itu tidak ditangani dan dikawal. Ramai isteri, anak-anak kepada golongan yang sudah terbabit di dalam aktiviti perjudian merana dan terbeban dengan natijah kompleks yang membelenggu hidup mereka hingga ada yang mengancam nyawa. Ini perjudian kecil-kecilan.

Sekiranya kerajaan Malaysia mengambil keputusan mengiktiraf perjudian dengan memberi lesen kepada syarikat gergasi judi maka ini akan memberi petunjuk yang teramat negatif dan membimbangkan khususnya generasi muda. Kerajaan Malaysia yang memperakui perkara mungkar ini akan menjadi ibarat pepatah ‘guru kencing berdiri anak murid kencing berlari’. Jangan marah kalau rakyatnya terutama sekali pelajar muda ‘kencing berlari’.

Maka, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Kerajaan Selangor dengan ini meminta kerajaan Malaysia menarik balik kelulusan lesen judi Piala Bola kepada Syarikat Berjaya serta merta.

YB Dr Puan Hjh Halimah Ali
Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor
Merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Tuesday, May 11, 2010



Mesyuarat Agung PAS Kawasan PJ Utara ke-12, di siarkan berita di Sinar Harian halaman S10 bertarikh 11 Mei 2010.

Sunday, May 9, 2010

Dewan Muslimat PJU Ziarah Pn Normah, Bekas AJK Dewan Muslimat PJU

9 Mei 2010, Ahad (P. Jaya) - Dewan Muslimat PAS Kawasan PJ Utara telah membuat ziarah terhadap ahlinya dan mantan ahli jawatankuasanya iaitu Puan Normah yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Wakil DMPPJU iaitu Puan Sahdiah dan Puan Sharifah Raihan telah mengunjungi beliau dan telah menyerahkan sumbangan hasil kutipan kilat semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan PJ Utara ke-12 hari ini.

Turut hadir adalah Sdr Azri Mohamad Arish, Ketua Dewan Pemuda PAS PJ Utara. Kami mendoakan semoga Puan Normah yang juga isteri kepada Tn Hj Ahmad Yusof Ludin, YDP PAS Kawasan PJ Utara supaya segera sembuh seperti sedia kala.

Sekian.

Wednesday, May 5, 2010

Bebas Dari Tuduhan Berhimpun


KES BERSIH

Mesej Yang Ariff Azami (Unit Undang2 Jenayah JUHAM PUSAT)
"Laungan TAKBIR menggegarkan Mahkamah Sesyen 3 KL apabila hakim membebaskan dan melepaskan 10 OKT di akhir kes pendakwaan termasuk 2 MP, 1 ADUN, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.. Alhamdulillah"
Takbir!!