Sunday, October 31, 2010
Pendaftaran Pengundi Baru di Shopping Mall Subang Parade, Subang Jaya anjuran Pakatan Rakyat PJU
Kami Pakatan Rakyat Petaling Jaya Utara telah berjaya daftarkan 202 pengundi baru pd 30/10/2010. Gambar di atas aktiviti hari ini 31/10/2010, juga tidak kurang 200 nama.
Daftar Pemilih SPR @Subang Parade, 30-31 Okt, 10am-10pm. Jom daftar Undi!
Kepada yang telah capai umur 21 tahun, telah layak mengundi, sila buat pendaftaran sekarang! Ambil peluang hari ini kami buka kaunter daftar pemilih SPR di Subang Parade, 10am to 10pm. Lokasi hadapan Kafe Uncle Lim berhampiran pintu masuk menghadap masjid darul ehsan. Jom Daftar Undi!
Thursday, October 28, 2010
UMNO Masih Cara Lama, Tidak "Gentlemen"
| Harakahdaily |
![]() GUA MUSANG, 27 Okt: Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti Islam itu dengan isu agama. Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran agar juru kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka. Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang Hishamudin dari dipermainkan. Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh". Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi). Komen PAS Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke atas bahan kempen seumpama ini. Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini. "SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini. Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen sebegini," kata Nasir. Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini. Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding. Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada bahan kempen tersebut. Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut. Komen DAP Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung. "Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya. |
Tuesday, October 26, 2010
Dua Penjuru di Galas
RTM: 15 minit untuk Pakatan
| Nazri Abdullah |
Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang. 10.07 pagi: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden. "Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat. "In fact bagi tau masa dan program kat mana," katanya. 10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.Hanya dua borang diterima SPR iaitu dari PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan BN, Ab Aziz yusoff. Zulkefli dicadang oleh mohamed Noor awang Hamat dan disokong Abdullah Hussein. Manakala Ab Aziz dicadang Mohd Azmi Mahnood dan disokong Chong Kam Siong. 10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi. 9:45 pagi: Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.Ianya ekoran dihalang sehingga berlaku kekecohan antara calon dan pemimpin parti dengan pihak polis sewaktu mahu menuju ke pintu masuk pusat penamaan. "Kita bincang dengan SPR dan Polis sebelum ni lain, hari ni jadi lain. "Dia hanya benarkan calon, pencadang dan penyokong sahaja, dia minta pengiring masuk kemudian. "Mana boleh, kita bincang sebelum ni semua boleh masuk kecuali dalam dewan," katanya. 9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan. ![]() 9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan. 9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan. Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit. 9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.Menunggu ketibaan calon. 9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir. Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham. 9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid. 8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid 8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid 8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai. 8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra. 6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'. 5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat. Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh. 5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat. Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba. |
Monday, October 4, 2010
PAS PJU bertugas di Majlis Aidilfitri Dato' Dr Hasan Ali
4 Oktober 2010, Kuala Lumpur - YB Dato' Dr Hasan Ali, Exco Hal-Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan rumah terbuka aidilfitri pada tahun ini di kediaman beliau.
PAS Kawasan Petaling Jaya Utara telah di amanahkan untuk membantu urusan menyambut tetamu-tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
| Azri Mohamad Arish Ketua Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara bersama Dato' Dr Hasan Mohamed Ali |
![]() |
| Pelajar-pelajar Tahfiz IQKL di jemput membaca bacaan ayat-atar suci Al-Quran |
![]() |
| YB Dr Hjh Halimah Ali turut hadir ke rumah terbuka Dato' Dr Hasan Md Ali |
![]() |
| Daging Kambing panggang menjadi menu tahunan |
![]() |
| Ustaz Tirmizi Ali Johan AQ 4 turut di jemput memperdengarkan Qasidah |
![]() |
| YAB Dato Menteri Besar bersama Isteri turut hadir bersama |
![]() |
| Murtabak Singapura juga menjadi pilhan pengunjung |
![]() |
| Sdr Azri bersama Tuan Hj Muzammil Hafiz, mantan Bendahari BPPN Selangor |
![]() |
| Bergambar kenangan bersama Petugas Penyambut Tetamu dari PAS PJU |
| YDP PAS PJU mengiringi Dato Menteri Besar Selangor |
Labels:
Hasan Ali
| Reactions: |
Kehadiran ke Rumah Terbuka Pakatan Rakyat PJU Luar Jangkaan
4 Oktober 2010, P. Jaya - Pada tahun ini Pakatan Rakyat Petaling Jaya Utara (PJU) dengan kerjasama ADUN Kg Tunku telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 1 Oktober 2010 yang lalu. Dan pada tahun ini pihak ADUN Kg Tunku telah memberi kepercayaan kepada PAS Kawasan Petaling Jaya Utara untuk mengendalikan majlis rumah terbuka aidilfitri tersebut.
Majlis tersebut telah di adakan di Dewan Orang Ramai MBPJ Jalan SS 3/14, Petaling Jaya dengan kunjungan tetamu yang di luar jangka. Sambutan sangat menggalakkan di kalangan kaum Cina, India, Melayu dan lain-lain khususnya datang dari sekitar Petaling Jaya, Selangor.
Antara tetamu yang turut hadir meraikan majlis tersebut adalah YB Tony Pua (Ahli Parlimen PJU), YB Lau Weng San (Adun Kg Tunku), En. Kandaiah (Wakil PKR), En. Fazly (Setiausaha AMK PJU), Tuan Hj Ahmad Yusof Ludin (YDP PAS PJU), Tuan Hj Kamarudin Suhaimi (TYDP PAS PJU).
Dalam ucapan aluan oleh Tuan Hj Kamarudin selaku Pengarah Majlis Aidilfitri pada tahun ini, beliau sangat terharu di atas sambutan yang meriah dari pelbagai bangsa dan kaum yang hadir ke majlis tersebut. Inilah antara satu saluran untuk masyarakat di sini untuk mengenal anatara satu sama lain serta mengeratkan lagi tali bermasyarakat di Petaling Jaya.
YB Lau Weng San juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PAS Kaw PJU yang telah berjaya mengadakan serta mengendalikan majlis tersebut. Beliau sangat berpuas hati dengan pengendalian majlis serta kehadiran yang ramai dari berbilang kaum. Beliau juga berharap, PJU di jadikan contoh untuk Pakatan Rakyat mentadbir sesuatu majlis dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)











10.07 pagi: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.
10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.
9:45 pagi: Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.
9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.
9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.
9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.
8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.
5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.





















