Thursday, November 25, 2010
Friday, November 19, 2010
Pemuda PAS PJU Ziarah Anak Allahyarham Firdaus (Timb Pgrsi ARC S'gor)
19 Nov Jumaat, Kajang - Ketua Pemuda PAS PJU, Sdr Azri Mohamad Arish bersama AJK Pemuda PAS PJU yang juga Ketua DACS/ARC PJU, Sdr Ridzuan Din telah membuat ziarah adik Mohamad Umar b. Firdaus anak kepada Allahyarham Firdaus yang meninggal dunia akibat luka parah selepas terlibat dalam kemalangan selepas selesai program Jelajah GeMS di Hulu Langat pd 14 Nov lalu. Turut hadir sama En Azraee Harun Pegawai Briged Amal Selangor. DPPPJU dan Briged Amal telah menyampaikan sumbangan kepada adik Umar, 11 tahun. Adik Umar sedang dirawat di Hospital Kajang. Beliau mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan semakin pulih sekarang.
Risalah Serang MB Selangor & K'jaan Selangor
19 Nov, Jumaat, P. Jaya- Semua risalah2 ini telah di sebarkan dan di letak pd cermin kndraan sblm solat jumaat td di masjid al hidayah. Malangnya, ramai yg membuangnya begitu shj. Sekian laporan terkini.
Sunday, November 14, 2010
Hari Anugerah Akademik PASTI PJU ke-14, Tahun 2010
Hari Anugerah Akademik PASTI PJU berlangsung pd 7 Nov dan di rasmikan oleh YB Tony Pua MP PJU. Turut hadir YB Lau Weng San Adun Kampung Tunku dan Hj Abd Rahman Sadikin Nydp PAS PJU merangkap Pengerusi PASTI PJU.
Thursday, November 4, 2010
Selamat Mengundi Calon-calon Pakatan Rakyat di Galas dan Batu Sapi, hari ini!
4 Nov 2010, P. Jaya - Kami Dewan Pemuda PAS Kaw PJU ingin mengucapkan selamat memilih calon wakil rakyat dari Pakatan Rakyat iaitu Dr Zulkefli Mohamed Calon PAS di Galas dan En. Ansari Abdullah Calon PKR di Batu Sapi.
Kami doakan semua calon-calon Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dan menjadi wakil rakyat yang terbaik kelak.
Di harap pengundi-pengundi dapat keluar awal untuk ke pusat-pusat pengundian dan jangan lupa membawa MyKad.
Selamat mengundi!
Wednesday, November 3, 2010
Membantu Gerakerja Jentera PAS di Pilihanraya Kecil Galas
| | |
| Written by Urwah Saari | |
Galas - Sebagai ADUN Selangor, Saari telah ditugaskan selama tiga hari untuk mengetuai petugas-petugas dari PAS Kawasan Gombak, Kuala Langat dan Kelana Jaya membantu gerakerja jentera PAS Selangor dalam Pilihanraya Kecil Galas. ![]() Jentera PAS Selangor membantu jentera PAS Tumpat dan PAS Ketereh di kawasan Bandar Baru Gua Musang ![]() Antara gerakerja penting dilakukan oleh PAS Selangor adalah menjalankan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Masjid Tengku Faiz Petra di Bandar Baru Gua Musang ![]() Saari membersihkan rumput-rumpai yang tumbuh di longkang sekitar kawasan masjid ![]() Saari berehat sebentar di tangga masjid bersama-sama pasukan Pemuda PAS Gombak ![]() Saari menziarahi sebuah keluarga pengundi ![]() Saari membantu muslimat memasak menyediakan makanan untuk para petugas ![]() Beramai-ramai berdoa sebelum memulakan kerja gotong-royong membina bilik tambahan rumah rakyat miskin di sebuah kampung ![]() Gandingan tenaga petugas-petugas dari Kelantan dan Selangor ![]() Sebuah rumah yang telah didiami oleh penduduk selama 15 tahun ![]() Mizan, Pengurus Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang turut membantu ![]() Saari membersihkan tingkap yang baru dipasang ![]() Taklimat gerakerja PAS Selangor sempena lawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato' Dr Hasan Ali |
Labels:
Galas
| Reactions: |
Unit Amal Dikerah Bantu Mangsa Banjir
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 3 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan menyeru pasukan Unit Amal di seluruh negara agar bersiap sedia untuk turun membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Nasrudin berkata,meskipun sibuk membantu jentera parti di pilihan raya kecil (PRK) Galas dan Batu Sapi, namun mangsa banjir juga tidak boleh dilupakan. "Pemuda akan mengerahkan unit amal di seluruh negara untuk turun memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang semakin bertambah dari sehari ke sehari," katanya ketika menghubungi Harakahdaily hari ini. Beliau juga berkata, dalam keadaan sekarang yang memerlukan khidmat Unit Amal, mereka harus pandai membahagikan tugas mengikut kepentingan masing-masing. Ujarnya, Unit Amal yang bersedia untuk turun ke lapangan bolehlah menghubungi perhubungan pemuda negeri masing-masing untuk melaporkan diri. "Saya harap 'tentera merah' yang on call ini boleh melaporkan diri dengan segera ke pejabat perhubungan pemuda negeri untuk bertugas," katanya lagi. Menurutnya juga, bantuan kewangan dan keperluan asas seperti ubat-ubatan dan barang dapur amat diperlukan. |
Tuesday, November 2, 2010
Monday, November 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)


































