Tuesday, June 28, 2011

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TANGKAPAN AWAM OLEH PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

KEPADA :

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Salam Sejahtera..

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) dengan ini tampil ingin menegaskan, mengecam, menentang serta membantah sekeras-kerasnya tangkapan awam kepada rakyat biasa yang dilakukan secara sewenang-wenangnya serta melulu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. Tindakan tidak beretika dan melanggar undang-undang ini telah menimbulkan kecaman hebat daripada seluruh rakyat Malaysia termasuklah NGO-NGO, parti-parti politik, badan-badan swasta dan para cendekiawan.
Langkah ini adalah susulan daripada cadangan Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang dirancangkan pada 9.7.2011 di Kuala Lumpur. Tangkapan awam yang dilakukan ini adalah jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang negara serta bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagan Persekutuan yang secara nyata menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan secara sama rata untuk berhimpun secara aman, bersuara dan berpersatuan. Pihak polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan & ketenteraman negara dengan moto "Tepat, Cepat & Betul" telah menyalahgunakan kuasa dengan membuli rakyat bawahan secara membabi buta.

Hanya kerana memakai baju kuning Bersih 2.0 dan mengadakan mesyuarat berkenaan sukan rakyat di Dewan JKKK, pihak polis telah menceroboh & menangkap seorang pemuda di Padang Jawa Shah Alam, 5 orang awam di Klang Parade, Timbalan AMK Pusat Sdr Khairul Anuar (Jonah) di Seksyen 24, seorang pemuda di Bangi serta 8 orang pemuda di Ampang tanpa alasan yang kukuh. Akibat daripada tangkapan secara salah ini, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melalui Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pusat dan Selangor bercadang untuk mangambil tindakan saman undang-undang terhadap pihak polis atas tangkapan secara salah ini.
DPPNS dengan ini memohon satu tindakan segera, semakan, siasatan, serta pemantauan daripada PIHAK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) atas tindakan TIDAK DEMOKRATIK, MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA, PENCABULAN UNDANG-UNDANG NEGARA SERTA TIDAK BERETIKA LAGI TIDAK BERTAMADUN INI.
DPPNS menyeru pihak SUHAKAM untuk terus bertindak secara sewajarnya bagi menjamin hak-hak kebebasan warganegara Malaysia dan Selangor daripada terus dicabul oleh pihak polis secara tidak bertamadun serta melanggar undang-undang Negara ini daripada terus berlanjutan.


Sekian, terima kasih. Wassalam.

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

28 hb JUN, 2011 (SELASA) / 26 REJAB, 1432 HIJRAH

Tuesday, June 21, 2011

Wanita UMNO mula cula undi di Kelana Jaya

21 Jun 2011, Kelana Jaya - Pilihanraya Umum ke-13 semakin membara. Hari ini, Wanita UMNO Kelana Jaya telah mula turun padang dengan membuat cula undi di kawasan penduduk SS5B di sini. Mereka juga mengedarkan akhbar haram iaitu Selangor Terkini.

Oleh itu, ini menguatkan lagi tanda-tanda pru13 semakin hampir dan jentera PR yang telah lama digerakkan perlu lebih efisen dan smart.

SAF KEPIMPINAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR SESI 2011 / 2013

21 Jun 2011, Shah Alam - Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Hj Abd Rani Osman di dalam mesyuarat BPPNS malam tadi telah mengumumkan saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang baru. Berikut adalah senarai tersebut:
Pesuruhjaya
YB Dr Abd Rani Bin Osman

Timbalan Pesuruhjaya I
YB Sdra Iskandar Bin Abd Samad

Timbalan Pesuruhjaya II
Ustaz Sallehen Bin Mukhyi

Timbalan Pesuruhjaya III
YB Tuan Hj Khalid Bin Abd Samad

Setiausaha
Sdra Mohd Khairuddin Bin Othman

Penolong Setiausaha
Tuan Hj Abdul Rahman Bin Sadikin

Bendahari
Tuan Hj Izham Bin Hashim

Ketua Penerangan
YB Tuan Hj Saari Bin Sungib

Pengarah Pilihan Raya
Sdra Jaafar Bin Samsudin

Ahli Dilantik
YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Noraini Binti Hussin
Mohd Sany Bin Hamzan
Hj Norhalim Bin Sirome
Mohamad Bin Abdul Rahman
Mariam Binti Abdul Rashid
Dr Halimah Binti Ali

PENGERUSI LAJNAH-LAJNAH
Lajnah Politik & Pilihan Raya - YB Dr Abd Rani Bin Osman
Lajnah Penerangan & Dakwah - YB Tuan Hj Saari Bin Sungib
Lajnah Tarbiyah & Perkaderan - Ustaz Sallehen Bin Mukhyi
Lajnah Ekonomi & Kewangan - Tuan Hj Izham Bin Hashim
Lajnah Pengurusan Harta - YB Sdra Iskandar Bin Abd Samad
Lajnah Pendidikan - YB Dr Halimah Binti Ali
Lajnah Teknologi Maklumat & Komunikasi - Tuan Hj Abdul Rahman Bin Sadikin
Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan - Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Lajnah Perpaduan Nasional - YB Tuan Hj Khalid Bin Abd Samad
Lajnah Penggerak Demokrasi & Mobilisasi - Sdra Mohd Sany Hamzan

Monday, June 20, 2011

POLIS JANGAN UGUT RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM) DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA menyelar kenyataanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 15 Jun 2011 bahawa pihak polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.
Kenyataan itu tidak mencerminkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara memahami PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang menjamin hak warganegara untuk berhimpun secara aman. Kami amat simpati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang buta undang-undang dan tidak memahami hak asasi rakyat yang sangat fundamental dalam sebuah Negara demokrasi.
Tindakan menangkap berbentuk pencegahan (“pre-emptive”) untuk satu kesalahan yang belum lagi berlaku jelas menyalahi prinsip asas perundangan jenayah dan hak asasi manusia. Adakah kenyataan ini bermaksud pihak polis ingin menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menangkap orang yang tidak bersalah? Tindakan penangkapan seperti ini tidak syak lagi adalah satu salah guna kuasa (“abuse”) yang sangat jelas oleh pihak eksekutif dan sekutunya.
JUHAM juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu ugutan yang tidak wajar dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pasukan polis selaku penjaga kepentingan awam (“guardian of public interest”). Pihak yang ingin berhimpun secara aman mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan sekiranya berlaku apa-apa kemudaratan awam atau kesalahan jenayah, maka barulah pihak polis menyuraikannya selaras dengan Seksyen 27 Akta Polis 1967. Sehingga perkara sebegitu berlaku, tindakan menghalang ini adalah satu salahguna kuasa pihak polis ke atas hak yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 27 Akta Polis tersebut bertujuan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman sewaktu perhimpunan berlangsung dan bukannya digunakan untuk MENGHALANG hak rakyat dari BERHIMPUN!
JUHAM menggesa pihak polis meneruskan tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang dan mematuhi kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui Seksyen 20(1), Bahagian VII Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa :
"Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang dipertanggungkan atau DIBERIKAN OLEH UNDANG-UNDANG ke atas atau kepada seorang pegawai polis, ..."
Perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab pihak polis DENGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG dan menggunakan budibicara yang adil untuk kesemua pihak tanpa amalan "double standard" akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Oleh itu, JUHAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan hak berhimpun dan berkumpul secara aman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen undang-undang serta amalan hak asasi manusia sejagat. JUHAM juga berikrar akan mempertahankan hak ini dan bersedia untuk memberikan khidmat perundangan kepada mangsa-mangsa tangkapan polis yang dibuat secara tidak sah. Kami akan memberikan “legal representation” kepada mereka yang terlibat seawal dari tangkapan dibuat sehinggalah ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi dengan segala kos guaman ditanggung sepenuhnya. Ayuh, rakyat Malaysia, bangkitlah dan pertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia tanpa rasa takut dan gentar!!!
Sekian,
AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
17 Jun 2011
16 Rejab 1432

Dewan Pemuda PAS Bertekad Teruskan BERSIH 2.0

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak serta sahabat-sahabat Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri yang telah memberikan sepenuh komitmen untuk menggerakkan seluruh jentera pemuda bagi menjayakan Himpunan AMAN BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) pada 9 Julai 2011 yang akan datang. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengerahkan lebih kurang 30,000 pemuda Negeri Perak untuk bersama-sama menyertai program tersebut. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga dengan ini menyatakan sokongan penuh dan komitmen untuk menjayakan program BERSIH 2.0 ini dan akan menggerakkan 50,000 tenaga anak muda dan belia yang ada di Negeri Selangor ini. InsyaAllah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengarahkan supaya pemakluman dan hebahan mengenai agenda BERSIH 2.0 menjadi agenda utama Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di seluruh Negeri Selangor dengan mengadakan Ceramah BERSIH 2.0 serta sebaran risalah berkenaan program tersebut di kawasan masing-masing bermula 1 Julai sehingga 7 Julai 2011 untuk mempastikan rakyat memahami keperluan sebenar BERSIH 2.0 ini perlu dijayakan. Rakyat tidak perlu berasa takut atau terancam untuk menyertai Program BERSIH 2.0 kerana ianya adalah Himpunan AMAN yang dinaungi oleh badan-badan NGO yang berusaha untuk memastikan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia ini dijalankan secara bersih dan adil. Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu bahawa kita menentang sistem pilihanraya yang kotor yang dimonopoli oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan bukannya himpunan ini diadakan untuk mencetuskan huru-hara dan kekacauan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan PAS Kawasan Miri bahawa Himpunan AMAN BERSIH 2.0 ini boleh untuk tidak diteruskan sekiranya pihak SPR dan Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan 8 perkara yang diutarakan oleh pihak BERSIH 2.0 iaitu bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, masa berkempen minima 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Oleh itu Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru seluruh rakyat warga Selangor untuk turut bersama-sama menjayakan Himpunan AMAN BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Bersama-samalah kita memBERSIHkan sistem pilihanraya Negara kita daripada segala kekotoran dan salah laku yang ada kepada sistem yang lebih baik dan adil.

HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA DEWAN PEMUDA PAS

NEGERI SELANGOR

18 Jun 2011

Thursday, June 16, 2011

PDRM JANGAN JADI BUDAK SURUHAN UMNO/BN


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasa amat dukacita di atas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyebut pihak Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan. Perhimpunan BERSIH adalah satu Himpunan AMAN yang diketuai oleh beberapa NGO dan parti-parti politik daripada Pakatan Rakyat yang menuntut supaya pihak Kerajaan melaksanakan system pilihanraya di Malaysia secara bersih dan adil. Inilah harapan dan kemahuan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan pihak PDRM cuba menakut-nakutkan dan menyekat hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas menyatakan hasrat mereka secara terbuka seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia dengan mengeluarkan ancaman untuk melakukan tangkapan pencegahan tersebut. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan PDRM supaya mencontohi pihak polis di UK yang membenarkan himpunan aman diadakan di negara mereka serta memberikan kawalan keselamatan secukupnya supaya himpunan tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. Begitu juga pihak polis di Jakarta yang lebih ‘mesra’ pendekatan mereka terhadap peserta himpunan aman di negera meraka dengan memaklumkan kepada peserta himpunan aman di dalam media elektronik supaya berhimpun dalam keadaan aman, mengikut jalan-jalan yang telah disediakan untuk himpunan tersebut serta bersurai dengan tertib.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh YB Dato’ Haji Mahfoz Omar, Naib Presiden PAS, Ahli Parlimen Pokok Sena, YB. Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Parlimen Jelutong, YB Jeff Ooi yang berpendapat bahawa pihak PDRM sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada rakyat Malaysia yang akan hadir untuk menyertai Himpunan BERSIH kali ini dengan menyediakan anggota polis yang mencukupi bagi mengawal selia himpunan tersebut supaya berjalan dengan baik dan sempurna, menyediakan jalan-jalan yang sesuai untuk para peserta berarak dan berhimpun dengan aman. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pihak PDRM akan mengambil tindakan yang lunak untuk berbincang dengan pihak penganjur program supaya himpunan ini dapat dijayakan dengan baik. Janganlah disebabkan tekanan daripada pihak-pihak luar yang takut kehilangan kuasa mereka disebabkan arus kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan ketidakadilan maka PDRM mengambil satu tindakan yang silap yang boleh menghakis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan integriti mereka sendiri.

HASBULLAH MOHD RIDZWAN

KETUA DEWAN PEMUDA PAS

NEGERI SELANGOR

16 Jun 2011

Tuesday, June 14, 2011

Pesuruhjaya PAS Selangor : Jangan Burukkan Pemimpin PAS

14 Jun – (Shah Alam) – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengingatkan mana-mana pihak didalam Pakatan Rakyat supaya tidak memburukkan mana-mana pemimpin PAS terutama bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hasan Mohamed Ali, dan diatas pelantikan Pesuruhjaya yang baru Dr Abd Rani Osman.


DPPNS ingin memberi amaran kepada ADUN Sekinchan, YB Ng Swee Lim supaya jangan memburukkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dengan melemparkan tuduhan beliau tidak “turun padang” dan “tidak bagus” sebagaimana juga kamu tidak suka mana-mana pihak memburukkan pemimpin DAP Selangor tanpa sebab dan fakta yang jelas.


DPPNS ingin menegaskan bahawa diwaktu kepimpinan PAS Selangor dibawah Dato’ Hasan Ali, PAS dan Pakatan Rakyat Berjaya memerintah Negeri Selangor dengan jumlah majoriti kerusi yang besar. Selaku Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, banyak perkara baru yang telah diperkenalkan dibawah Kerajaan Negeri Selangor dibawah portfolio beliau. Pemerkasaan Institusi Masjid, pemerkasaan Guru KAFA, pengukuhan Institusi Tahfiz serta Sekolah Agama Rakyat sehingga disenangi oleh rakyat di negeri ini.


Komen dan kritikan yang seperti ini hendaklah ditujukan dahulu oleh YB Ng Swee Lim kepada pemimpin-pemimpin DAP di Selangor sebagai muhasabah dalaman yang dilihat lebih banyak mendahului persetujuan secara bersama Pakatan Rakyat dalam beberapa perkara yang dilaksanakan di Negeri Selangor, yang lebih tidak membantu kepada pemerkasaan Pakatan Rakyat di Selangor.


DPPNS ingin menegaskan bahawa urusan pelantikan dan perubahan mana-mana jawatan didalam PAS adalah perkara biasa dan ia tidak perlu dikaitkan dengan hanya mendengar “hearsay” atau “saya dengar” tanpa beliau sendiri mengetahui perkara yang sebenar daripada PAS. DPPNS ingin bertanya pernahkah YB Ng Swee Lim berada seminggu atau sebulan bersama dengan Dato Dr Hasan Mohamed Ali dan mengikuti semua program dan aktiviti yang dihadiri oleh beliau di seluruh Negeri Selangor?


DPPNS juga melihat tuduhan Dato Dr Hasan Ali cenderung kepada UMNO dan tidak berusaha kearah memantapkan hubungan Pakatan rakyat di Selangor adalah satu tuduhan berat yang tidak berasas sema sekali kepada PAS Negeri Selangor dan ia langsung tidak patut diucapkan oleh pemimpin rakan komponen Pakatan Rakyat di Selangor. DPPNS akan mempastikan perkara ini dibincangkan secara serius dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya tindakan tegas diambil kepada mana-mana pihak yang memburuk-burukkan pemimpin PAS, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.


Sekali lagi DPPNS merakamkan setinggi penghargaan kepada Dato Dr Hasan Ali diatas pengorbanan dan komitmen yang teah beliau curahkan kepada PAS Negeri Selangor. Juga kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, DPPNS mengalu alukan dan mengucapkan tahniah kepada YB Dr Abd Rani Osman diatas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Negeri Selangor yang baru. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT.


-- Fil Islam,Mohd Izwan A. Rashid
Lajnah Politik Dan Pilihanraya
DPPNS

Monday, June 13, 2011

Dr Abd Rani Osman Dilantik Sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Yang Baru


PDFPrintE-mail
Kuala Lumpur, 12 Jun : Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kapar, Dr Haji Abd Rani Osman, yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Meru telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangorn42-27feb2009-164601.jpg bagi sesi 2011 / 2013 menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Haji Hasan Mohamed Ali.


Perlantikan tersebut telah diumumkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, selepas Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Dalam mesyuarat tersebut juga, Dato’ Haji Mustafa Ali, dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PAS dan dibantu oleh tiga orang Penolong Setiausaha iaitu, Dato’ Haji Taqiuddin Hasan, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Ahmad Sabki Yusof. Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik sebagai Bendahari PAS Pusat, manakala Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru manakala Dr Hatta Ramli dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.
Selain itu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengumumkan perlantikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Ustaz Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Zulkefly Mohamad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus sebagai AJK PAS Pusat.

Sementara itu, selain negeri Selangor, turut mendapat Pesuruhjaya yang baru iailah Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Melaka, Adly Zahari, Negeri Sembilan, Haji Mohd Taufek Abdul Ghani dan Sabah, Aminuddin Halim.

Manakala Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan), Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang), Dato’ Dr Mahfodz Mohamad (Johor), Dato’ Seri Azizan Abdul Razak (Kedah), Ustaz Hashim Jasin (Perlis), Ustaz Salleh Man (Pulau Pinang) dan Adam Ahid (Serawak) kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya merakamkan tahniah kepada YB Dr Hj Abd Rani Osman di atas tanggungjawab baru tersebut. Semoga di permudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan untuk memberi khidmat yang terbaik.

Thursday, June 9, 2011

Dewan Pemuda PAS Selangor Buat Kunjungan ke IPK Selangor


8 Jun 2011. Shah Alam. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang di wakili Timb Ketua Pemuda Sdr Sany Hamzan dan Exco nya telah melakukan kunjungan hormat ke ibu pejabat Polis kontijen Selangor yang baru Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Beliau yang menggantikan tempat Datuk Khalid Abu Bakar yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Didalam sesi taklimat , pihaknya akan meneruskan visi Ketua Polis Negara yang menekankan konsep 4P - "Protective" (Melindungi), "Performance" (Prestasi), "Proactive" (Proaktif) dan "People Oriented" (Berorientasikan Masyarakat) dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Beliau berkata, konsep itu perlu ditambah dengan 3P lain yang mempunyai elemen manusia yang penting iaitu "Personnel" (Anggota ataupun Pegawai polis), "Personal Interaction" (Interaksi personal) dan "Professionalism" (Profesionalisme). berkata beliau berazam untuk memperhebatkan lagi usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan barisan hadapan pasukan itu kepada masyarakat.

Tun Hisan berkata usaha untuk menilai semula kaedah atau cara sesuatu tugas polis dijalankan akan dijadikan keutamaan beliau semasa memegang jawatan itu.

Beliau berkata, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah tahun ini menunjukkan kejayaan memberangsangkan apabila menyaksikan penurunan indeks jenayah dan jenayah jalanan masing-masing sebanyak 11 dan 26 peratus di Selangor.

"Kejayaan itu adalah sebahagian daripada usaha polis Selangor mewujudkan balai polis komuniti di kawasan perumahan yang di kenali sebagai "OPS PAYUNG" dalam meningkatkan tahap keselamatan penduduk di kawasan itu,"

Didalam lawatan tersebut pihak DPPNS sempat juga bertanyakan beberapa isu berkaitan ceramah Pakatan Rakyat yang di ganggu gugat oleh pihak polis. Isu permit ceramah juga turut di persoalkan. Selain itu juga kes pemberian ic kepada warga asing juga di perbincangkan.

Pihak beliau berjanji akan bekerjasama dengan semua pihak yang membatu menjaga keamanan.

Setelah selesai sesi dialog, pihak DPPNS dibawa melawat ke bangunan baru IPK Selangor yang akan di rasmikan oleh DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat.





Wednesday, June 8, 2011

Pemuda PAS Selangor Bantah Cadangan Pelepasan Kuota Bumiputera

Pemuda PAS Bantah Cadangan Pelepasan Kuota Bumiputera
Posted on Tuesday, June 07 @ 19:53:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Kenyataan MediaOleh: attakiri

"8 Jun 2011 (Shah Alam) – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah cadangan pelepasan kuota Bumiputera secara automatik yang akan diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Cadangan terbaru ini adalah membelakangkan beberapa cadangan yang dilihat sangat baik untuk menjaga dan menyediakan satu garis panduan pelepasan kuota Bumiputera yang telah diluluskan pada Mac 2011.

Cadangan terdahulu adalah seperti berikut:

i. Penandaan Pelan

Jawatankuasa Penandaan Unit Kuota Bumiputera akan menentukan unit bumiputera sewaktu penyediaan Pelan.

ii. Pemaju hendaklah mengemukakan rekod jualan termasuk senarai nama pembeli Bumiputera dan bukan Bumiputera.

iii. Jawatankuasa Pelepasan Kuota Bumiputera (JPKB) akan bersidang selepas 6 bulan projek Perumahan mendapat CF/CCC.

Walaubagaimanapun didalam cadangan baru ini, ketiga-tiga elemen tersebut tidak lagi wujud. Ini bermakna pemaju akan berhak menentukan lot-lot Bumiputera dan sudah pasti dengan harga potongan 7% Bumiputera, pemaju akan meletakkan lot bumiputera di lokasi yang tidak strategik.

Pemaju juga akan memanipulasi senarai nama pembeli di kalangan pekerja Bumiputera mereka atau mana-mana pihak Bumiputera dan ini menghalang pembeli tulen (genuine buyer) untuk membeli hartanah tersebut.

Ini juga akan menyebabkan Jawatankuasa Pelepasan Kuota Bumiputera tidak akan berfungsi dengan pelepasan kuota Bumiputera yang diberi secara automatik. Cadangan awal yang melibatkan JPKB adalah untuk membuat kajian pasaran dan JPKB melalui Perumahan Hartanah Selangor Sendirian Berhad boleh membeli hartanah jika difikirkan perlu, namun cadangan baru ini tidak membolehkan JPKB berbuat demikian.

Oleh sebab ini, DPPNS membantah cadangan baru ini atas prinsip berikut:

i. Isu Hak Bumiputera telah disepakati oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat agar tidak boleh disentuh.

ii. Kelemahan pelaksanaan penjualan unit Kuota Bumiputera hendaklah diperbaiki dan cadangan baru ini akan menyebabkan hak bumiputera semakin hilang.

iii. Konsep Self Regulatory pemaju akan menyebabkan penjualan kuota perumahan Bumiputera tanpa kawalan yang akan menyebabkan berlakunya penyelewengan.

iv. Pihak Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) Cawangan Selangor terlalu mendesak Kerajaan Negeri dengan pelaksanaan pelepasan kuota bumiputera secara automatik yang dilihat ingin mendapatkan keuntungan yang lebih sedangkan mereka telah pun mendapat keuntungan dengan sistem sedia ada.

Oleh itu, DPPNS meminta supaya cadangan baru ini dikaji semula dan dibincangkan secara telus dengan NGO-NGO Melayu dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ini bagi membuktikan ketelusan sistem Good Governance iaitu dengan mengambil kira pandangan rakyat sebelum satu-satu keputusan dikeluarkan.

Hasbullah Mohd Ridzwan

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6370


Wednesday, June 1, 2011

Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011 di Selangor.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya Utara sangat mengalu-alukan kehadiran para perwakilan dari semu Dewan Pemuda PAS Kawasan.